Assalam kawan2 ,hari ini kita stop dulu story pasal biodata dan cerita cerita lakonan artis malaysia .setakat ni baru beberapa artis sahaja yang di hasilkan iaitu : lisa-surihani , shaheizy-sam , wawa zainal dan aeril-zafrel. ok,kembali kepada topik asal, hari ini kita menceritakan tentang The Moon That Embraces The Sun. cerita ni memang disukai ramai ,saya pun turut menyukainya sebab lain dari yang lain.oleh itu ,disini saya menyediakan sajian untuk anda..
DIPERSEMBAHKAN............
SINOPSIS
Drama berkisar mengenai percintaan diantara Raja Joseon Lee Hwon(Kim soo hyun) dan Wol(Han ga In)seorang bomoh wanita bagi keluarga diraja.Tetapi sebenarnya Wol ialah Heo Yeon woo yakni cinta pertama dan bekas puteri mahkota yang ditunangkan 8 tahun sebelum Putera Hwon menaiki takhta.Tetapi disebabkan hasad dengki dan rancangan jahat mantan Permaisuri(Nenek Hwon) dan Pembesar Istana,Yeon woo di sihir supaya mati dengan penyakit misteri oleh ketua bomoh istana Na-Young atas arahan mantan permaisuri dan dihalau dari istana dengan tujuan supaya memberi peluang kepada anak perdana menteri(Bo-Kyung) yakni rakan subahat mantan permaisuri menjadi pengganti bagi calon puteri mahkota dan permaisuri secara automatik.Namun rancangan jahat tidak 100% berjaya,rupa-rupanya Na-Young (Ketua bomoh istana) tidak betul2 membunuh Yeon-woo
cuma membuat dia kelihatan seperti betul-betul mati,dan mengambil peluang menyelamatkan Yeon-woo malam selepas upacara pengebumianya.
Namun apabila Yeon-woo sedar beliau telah mengalami amnesia dan telah melupai asal-usul beliau,Na-Young bertindak menipu Yeon-woo dan menyatakan bahawa dia telah dibuang oleh ibu-bapanya.Ini adalah bertujuan untuk memisahkan Yeon-woo dari mereka yang jahat berada di istana termasuk kaitannya dengan Putera Mahkota Hwon.Akhirnya Lee Hwon dan Yeon-woo membesar dan Putera Hwon menjadi Raja yang baru.Namun dia tidak mencintai permaisurinya Bo Kyung dan tidak tidur bersama sejak berkahwin,menyebabkan Bo Kyung berasa marah kerana cintanya dibandingkan dengan Yeon-woo yang dipercayainya telah mati.Raja Hwon yang sengsara akibat kerinduan dan kegagalannya sebagai lelaki membantu Yeon-woo dahulu,telah menjejaskan kesihatannya.Namun bak kata orang kalau ada jodoh tidak kemana juga.Mereka telah bertemu semula beberapa kali,tetapi disebabkan Yeon-woo mengalami amnesia Raja Hwon tidak dapat memastikan bahawa gadis itu adalah Yeon-woo,cinta hatinya.Disebabkan latar belakang Wol (Yeon-woo) yg dibesarkan menjadi bomoh dan kaitanya sebagai pewaris bomoh Na Young,akhirnya Wol ditugaskan menjadi tangkal pembuang nasib malang untuk Raja Hwon semasa Raja sedang tidur.Adakah mereka akan kembali mengenali antara satu sama lain,adakah kerinduan mereka dan cinta mereka dapat mengatasi rintangan bakal mendatang?saksikan..
SEPANJANG PENGAMBARAN
BEBERAPA LAGU
TONTON DRAMA
Untuk menonton drama ini dalam bahasa melayu klik sini
Untuk menonton drama ini dalam bahasa inggeris klik sini
jika terdapat kemusykilan ,tanya saja saya ,ok!
pelakon pelakon cerita ini
untuk mengenali pelakon pelakon drama ini klik sini
No comments:
Post a Comment