NAMA PENUH: Suhairil Suhari
PANGGILAN KOMERSIAL: Aeril Zafrel
ASAL: Batu Pahat, Johor
TARIKH LAHIR: 2 Disember 1988
ZODIAK: Sagittarius
KARIER: Pelakon
KELUARGA: Anak ke-4 daripada 5 beradik
MULA BERLAKON: 2008
Awal pembabitan
Aeril yang berasal dari Kluang, Johor merupakan anak angkat kepada Allahyarham Khairil Khamis, seorang pelakon dan penyanyi era 80an. Beliau telah diambil sebagai anak angkat oleh Khairil sejak berusia 16 tahun. Aeril pada awalnya sukar untuk menyesuaikan diri tinggal di kota dan asyik teringatkan kehidupan di kampung halamannya namun lama kelamaan beliau menjadi seronok kerana dapat mengenal dunia baru di Kuala Lumpur. Khairil merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Aeril ke persada seni apabila dia membawa remaja kacak ini ke dunia lakonan menerusi drama Permata Hati Mama pada tahun 2006 dan seterusnya memperkenalkan beliau kepada pengarah handalan Aziz M. Osman dan penerbit Noraliah Lee (Vee). Aziz dan Vee kemudiannya menyunting Aeril untuk membintangi siri TV remaja Kisah Kaisara pada tahun 2007.
Pada tahun 2010, Khairil Khamis telah meninggal dunia dan kini Aeril masih aktif di persada seni untuk terus menyambung cita-cita arwah ayah angkatnya itu.
Sejak pembabitan Aeril di peringkat antarabangsa, namanya semakin diangkat di persada seni. Kemunculan Aeril dalam telenovela Cinta Jannah pada Ogos 2013 di slot Akasia TV3 berjaya menjulangkan lagi namanya dan lakonannya bersama Nelydia Senrose meningkatkan lagi populariti Aeril sebagai hero baru TV dan filem di Malaysia. Dalam pada itu , Aeril telah berkahwin dengan WAWA ZAINAL secara rahsia
DAN MENDAPAT SEORANG CAHAYA MATA LELAKI
LAKONAN
Filem
AKU TAK BODOH (2010) CINTA KURA KURA 2012
7PETALA CINTA 2012
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG(HACKS)
BUDAK PAILANG (2012)
99 KALI RINDU (2013)
apokalips-x (2014)
Mothers Day (2014)
7UJUH (2014)
Telefilem]
- Permata Hari Mama @ RTM(2006)
- Penawar Kedua @ RTM (2007)
- Tok Bah @ RTM (2010)
- Pelarian @ TV3 (2012)
- "Perempuan Neraka"@TV3(2012)
Siri TV
- Kisah Kaisara @ TV3 (2007)
- Senja Permai @ Astro Prima (2009)
- K.I.T.A @ Astro Ria (2010)
- Durja Ningsun @ TV3 (2010)
- KL Rock N Roll @ Astro Ria (2010)
- Klik @ Astro Ceria (2011)
- Ramadhan Terakhir @ TV3 (2011)
- cinta-jannah @ TV3 (2013)
- Janji Shirah @ TV3 (2013)
Pencapaian
- Nominasi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
- Nominasi Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-24 (filem Aku Tak Bodoh)
- Nominasi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2011 (filem Aku Tak Bodoh)
- Salah seorang Wajah Lelaki Glam 2013
- Nominasi Couple Meletop - Anugerah Meletop Era 2013 (bersama Wawa Zainal)
- Nominasi Pelakon Lelaki Pilihan - Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2013 (drama Janji Shirah)
- Nominasi Kategori Digital - Pasangan Serasi di Layar - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (bersama Wawa Zainal)
No comments:
Post a Comment