huish .lme da ta update my cute blog ni.huhu.... guys...tau tak ,i ad story sket ni..pengalaman duk u memg mncabar ,, rase perit n payah la ...ak ta tau la lepas ke ta nak gi sem 2 .. blaja sains komputer bukan smudah blaja sains kat sekolah ...lebih kurang macm addmath la bnde ak blja ni ..ak bukan na mematahkan smngat korg yg blum rse alam u ni ..tpi ak nak korang bersedia dari segi mental dan fizikal ...bukan ap ,takut jdi mcm ak .blaja susah .jwb exam lagi la susah ..rase macam jawab paper tamil je ..tak paham bnde ap yg die mahu ??? rase macam takde masa depan da lps ni.huhu ...
tpi sebenanrnya ak bukan na cerita pasal pahit getir ak di u ..cewah ayat ..huhu .budak u kne show-off sket .haha ... xdela ,sebenarya aku na cerita ap yg bestye duk kat u ni ...ak dapat ramai kwn ... classmate ok, roomate ok ,Alhamdulillah , Allah mudahkan ak... my classmates i ni sporting2 belake ...
ni dia...hope dapat troskan pjuangan tanpa halangan ...
it time for romate ak plak ... baek+ramah+amanah ... barg2 memg selamat klau tgl at dieorg .. da ar comel2 belaka ..rse bngge ak ... sentiasa mceriakn bilik i222 ..huhu
tapi sayang ,dua dari diorg da kne pindah uitm tapah ... transitla katekan .. tapi insha allah lepas ni ak plak transit uitm raub kot ... huhu
ni ha roomate yg telah mninggalkan ak ...(jgn ta tau , yg tudung pink tu ak .haha)
ok sampai sini la ak melalut ye!!! nnty klo ad story mory ,ak update agi
Assalammualaikum , coretan ini bukan sebab syok sendiri ea. tapi sebab ...sebab...ala malula ..huhu .. sebenarnya rindu sesangat at dieorg2 ni ..bukan senang tau nak jadi stu family ,yela ad je yg pernah bgaduh sesama sendiri ..tapi org kate sedangkan lidah lagi tergigit ,inikan pula satu keluarga(haha ubah sket)
tapi bnde macam tu la yg mematangkan kite sume .. brula kite tau ,die ni ta suke ni,, die tu benci tu ...itu kelebihan bergaduh .. haha bila dah jauh ,bru rase rindu .. rase macam na jdi dulu 2..tapi sedar perbuatan tu mcm menanti bulan jatuh ke riba ..huhu..pepon ..at bwh bwh bwh ni .. adla sket kenang kenagan.huhu
seloka 5 alkindi
aSSaLAMUALAIKUM MADAH BERGEMA,
TUAN PUTERI PERSEMBAHKAN SELOKA,
BUKAN MENGUMPAT TAPI MENGATA,
HANYALAH SEKADAR GURAU SENDA...
DARI JAUH NAMPAK BERGAYA,
ORANGNYA BAIK BUDI PEKERTI,
ITULAH DIA PUAN CHE NOORITA,
GURU KELAS YANG KAMI SAYANGI...
KETUA KELAS KAMI "rajin"ORANGNYA,
RAMBUTNYA KERINTING DITUTUP SONGKOKNYA,
FAIZ IKMAL NAMA DIRINYA,
SEKALI TERSENYUM ALAHAI INNOCENTNYA...
BERKENING LEBAT PENAMBAH SERI,
NUR SAKINAH PENOLONG KAMI,
SELALU MENJADI PELAJAR BESTARI,
DALAM KELAS DIALA HEROIN KAMI..
DALAM KELAS BERDISIPLIN SEKALI,
MENJADI CONTOH IKUTAN KAMI,
PENGAWAS SEKOLAH TUGAS DIBERI,
MEREKALAH ASILAH DAN MUZFIRAH...
SEORANG PEREMPUAN GANAS GILA,
ORANGNYA TINGGI MACAM GALAH,
DIHIMPIT OLEH DUA GADIS AYU JELITA,
ITULAH MEREKA MASTURA,DZATUL DAN BAZILAH...
MUKANYA KECIL CUTE SEKALI,
ITULAH NUR ATHIRAH SYAMIMI,
DISEBELAH KANANNYA AZIMAH SI JOCKER KELAS KAMI,
KIRINYA PULA ANIS SI PEMALU DIBAHAN KAMI ...
DALAM KELAS DUDUK DI DEPAN,
MENJADI ROMEO TERAGUNG KELAS KAMI,
TAK PANDAI MENGAYAT TAK SEMESTINYA TAK DAPATKAN?,
NAMA NYA BERI MOHD NUQMAN...
MASA BELAJAR FABRET DIA,
DAH DIA PELAJAR CEMERLANG,
SUMUA SUBJEK KESUKAAN DIA,
ITULAH AHMAD NUR AZMANG...
AMIR ASRHRAF TINGGI CITA CITANYA,
APA TAKNYA,KANDANG LEMBU INGIN DIBUKANYA,
ASHRAF DISEBELAH MELIAR MATANYA ,
ENTAH APA YANG DICARINYA...
BERALIH PULA MEMBER KITA NI,
MULUTNYA SENYAP TAPI TAK TULI,
NAMANYA AZIM SI GENTLEMEN NI,
DUDUK DIDEPAN HUJUNG SEKALI...
DALAM KELAS TERSENYUM MEMANJANG,
FAKHROOL RODZHI NAKAL ORANGNYA,
DUDUK SEBELAH SI JEFRI YANG MESRA MULUTNYA,
MACAM MOTO POLIS MESRA ,TEGAS DAN BERWIBAWA...
ORANGNYA CANTIK PANDAI BERGAYA,
BILA BELAJAR DIALA YANG PALING ASYIK',
DISAYANG OLEH US AZILA'' NAMA DIBERI NUR HIDAYAH MOHAMAD RASHID...
Januari 01-09 ~ hamster Januari 10-24 ~ Tikus Januari 25-31 ~ Singa Februari 01-05 ~ Kucing Februari 06-14 ~ Merpati Februari 15-21 ~ Kura-kura Februari 22-28 ~ Harimau Bintang Mac 01-12 ~ hamster Mac 13-15 ~ Singa Mac 16-23 ~ Tikus Mac 24-31 ~ Kucing April 01-03 ~ jerung April 04-14 ~ Harimau Bintang April 15-26 ~ Tikus April 27-30 ~ Kura-kura Mei 01-13 ~ jerung Mei 14-21 ~ Merpati Mei 22-31 ~ Singa Jun 01-03 ~ Tikus Jun 04-14 ~ Kura-kura Jun 15-20 ~ jerung Jun 21-24 ~ hamster Jun 25-30 ~ Kucing Jul 01-09 ~ Tikus Julai 10-15 ~ jerung Julai 16-26 ~ Merpati Julai 27-31 ~ Kucing Ogas 01-15 ~ hamster Ogos 16-25 ~ Tikus Ogos 26-31 ~ Kura-kura September 01-14 ~ Merpati September 15-27 ~ Kucing September 28-30 ~ jerung Oktober 01-15 ~ hamster Oktober 16-27 ~ Kura-kura Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang November 01-16 ~ Singa November 17-30 ~ Kucing Disember 01-16 ~ jerung Disember 17-25 ~ hamster Disember 26-31 ~ Merpati " »»» maksud/erti :
# jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.
# Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
# Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
# Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
# Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
# Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!
# Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
# hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. # Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan..
Pakaian
(Perempuan)
- Baju kurung/Baju Kebaya/Jubah ( Bawa dalam 10-15 helai atau lebih)
-Blouse ( kalau nak pergi outing ke )
- Baju lengan panjang (Pakai bila beriadah atau keluar makan dan sbgainya)
-Seluar sukan/Tracksuit
-Seluar pendek ( Pakai dalam bilik jelah. Haha)
-Seluar Slack hitam (Untuk aktiviti rasmi kolej)
-T-shirt/Baju lengan pendek/Baju Tidur (Pakai di dalam bilik)
-Inner baju/Kain dalam/Kain Batik
- Skirt Labuh/Blouse/Baju jalan-jalan (Kalau nak pergi outing)
- Sweater (Sekiranya cuaca sejuk)
(Lelaki)
-Baju Kemeja ( Wajib pakai ketika ke kuliah)
-Baju Melayu ( Bawaklah 1 atau 2 helai bagi pelajar melayu)
-Seluar Slack hitam (Untuk aktiviti rasmi kolej)
-Seluar sukan/Tracksuit/Kain Pelikat
-Seluar pendek ( Pakai dalam bilik. Jangan mengada-ngada nak pakai bila keluar makan)
-Tshirt apa apa corak pun.
Kepala :
Perempuan :
- Tudung/Selendang ( Tak kisah warna apa. Pastikan ada warna hitam. Yang mana FREE HAIR, sila bawak tudung 1 atau 2 helai terutama pelajar MELAYU)
-Anak tudung ( Warna warni pun boleh )
-Pin tudung ( Apa-apa corak pun boleh, bawak stok banyak sikit)
- Sikat/Sepit rambut/Getah rambut/Cekak (sukahati nak bawak ke taknak)
Lelaki :
-Kopiah/Songkok ( Tak wajib)
-Topi ( Pakai dalam bilik jela ye? Haha)
Kaki :
-Flatshoes sahaja ( NO HEELS!) ( Warna apa pun, tak kisah but at least kena ada warna hitam/ warna gelap) (Tak semestinya PVC) (khas untuk PEREMPUAN)
-Kasut kulit ( Wajib kepada LELAKI bila nak pergi kuliah)
-Kasut Sukan ( Apa-apa jenama pun, asalkan kasut sukan !)
-Sneakers ( Tak Wajib )
-Selipar jamban/Jepun (Ni mestilah bawak. Beli yang tahan dan kuat sikit. Takut tergelincir dalam bilik air) (kalau nak pakai selipar masa pergi makan, cari yang LAWA-LAWA sikit. Haha)
-Stoking {Warna apa pun tak kisah tapi at least ada warna HITAM(bagi LELAKI) dan warna HITAM/warna KULIT (bagi PEREMPUAN) }
Penjagaan Diri :
-Pencuci muka ( Belilah Oxy! Haha tak kisah apa jenama pun)
-Sabun Mandi ( Beli yang baunya kuat. Baru tahan wangi untuk berjam-jam kan?)
-Ubat Gigi/Berus Gigi (Wajib ! Untuk mengelakkan mulut anda berbau)
-Shampoo ( Gunalah Head and Shoulder. Hee, tak kisah apapun jenama. Beli yang besar sikit, tahan lama)
-Deoderent ( Bagi megelakkan ketiak anda berbau. Wakaka :P)
-Losyen Badan (Untuk menjaga kulit bagi perempuan. Ada ke lelaki pakai losyen?)
-Alat Solek ( Perempuan sahaja. Lelaki jangan. Haha)
-Minyak Wangi ( Belilah pewangi yang tahan lama)
-Minyak Rambut/Gel ( Oh lelaki kena ada benda ni.Nampak kacak sikit)
-Pengetip kuku/earbuds/sikat
-Tuala ( Untuk lap badan dan cover badan lepas mandi !!)
Laundry :
-Hanger ( Bawak banyak-banyak bagi sesiapa yang tak suka lipat baju. Haha)
-Hanger kecil (Untuk sidai yang dalam-dalam)
-Pengepit baju ( Beli yang saiz besar sikit)
-Sabun Basuh (Gunalah liqiud untuk menyenangkan anda)
-Baldi ( Untuk basuh baju)
-Gayung ( Kalau takda air, nak ambil air daripada baldi macammana? Haa)
-Berus ( Untuk berus baju)
-Bakul kecil ( Untuk letak shampoo, ubat gigi dll. Kan senang.)
-Bakul baju kotor/bersih ( Tak wajib)
Alat tulis :
-Testpad/Kertas Kajang (Penting untuk buat experiment & assignment. Belilah yang beratus-ratus helai punya. Tahan lama)
-A4Paper (Penting untuk buat experiment BIOLOGY dan assignment. Belilah yang beratus-ratus helai punya. Tahan lama)
-Kalkukator Saintifik (Penting. Pakai je yang masa sekolah menengah punya)
-Buku nota panjang/pendek ( Kalau nak catat nota penting ke. Dalam buku tersusun sikit daripada tulis kat kertas)
-Pen/Pensel
-Pemadam/Liquid Paper
-Pembaris Pendek dan Panjang
-Selotep ( Untuk bunuh CHARLIE :P)
-Stapler/ubat stapler (Beli saiz kecil sudah..)
-Highlighter (Kalau nak lecture note berwarn-warni & highlight benda penting dalam lecture note)
-Gunting ( Untuk apa-apa je)
-Fail ( Beli yang boleh muatkan banyak kertas tu)
-Gam ( Kadang-kadang berguna)
-Klip kertas ( Kalau taknak kertas bersepah-sepah)
-Pembalut buku ( Tak wajib. Kalau siapa sayang buku, taknak berkedut-kedut sila beli)
-Pembalut hadiah ( Kalau nak cantikkan meja atau board anda)
-Penebuk lubang (Kadang-kadang berguna)
Bilik :
-Cadar/Sarung Bantal ( Gambar kartun pun boleh. Jangan segan. And matrik TAK SEDIAKAN benda ni)
-Selimut
-Bantal Peluk
-Bantal busuk( Bawak kalau tak, tak boleh tidur nanti. Aha)
-Bantal EXTRA ( BANTAL KMPK TAK BEST)
-Alas kaki (Tak wajib)
-Tong sampah besar/kecil (Suka hati nak bawak ke tak)
-Jam loceng ( Beli yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Baru senang bangun)
-Cermin kecil ( Kalau taknak berebut cermin, bawak cermin sendiri)
-Kunci Mangga ( Prepare, ada yang akan dapat almari pakai selak je)
-Kalendar kecil (Tak wajib)
-Jarum/Benang (Tak wajib)
-Pewangi Loker (Tak wajib)
-Ubat nyamuk (Tak wajib)
-Ubat gegat (Tak wajib)
-Sticker (nak hiaskan bilik jadi cantik. HAHA. Tak wajib)
-Penyapu (Tak wajib)
-Kain buruk (Tak wajib)
-Mop (Tak wajib)
-Penyangkut kecil yang boleh lekat kat dinding (Berguna jugak kadang-kadang)
Untuk pelajar ISLAM :
-Sejadah
-Telekung
-Yassin/al-Quran (ramai yang bawak al-quran mini berserta terjemahan)
Untuk perut :
-Stok makanan yang banyak ( Maggi, biskut, roti, keropok...)
-Minuman segera (Milo 3 in 1, Horlick, Nescafe, Cadbury....)
-Pinggan/Mangkuk/Cawan/Mug/Tupperware
-Sudu/Garfu
-Air mineral (Wajib. Kalau boleh beli yang besar terus)
-Thermos ( kalau malas nak turun ambik air panas. Gunalah thermos. Ambil sekali, terus simpan)
-Botol air (Tak wajib)
Kalau sakit :
-Panadol
-Eno halia atau lain-lain
-Minyak angin/Minyak Gamat
-Eyemo
-Plaster
-Ubat-ubatan (demam, selsema, ..dll)
Gadget :
-Handphone ( Kenalah bawak kan?)
-Headphone ( Kalau bosan masa belajar, pakailah benda ni untuk dengar lagu. Tak menganggu orang lain)
-Laptop/netbook/notebook/Ipad (Tak wajib)
-Charger HP/laptop (Jangan lupa bawak pulak)
-Kamera digital/DSLR (Tak wajib)
-Pendrive/ Hard disk ( Untuk korang exchange MOVIE. haha)
-Radio kecil/mp3 player (Tak wajib)
TAMBAHAN :
-Meja kecil ( Memudahkan untuk buat kerja bila duduk atas lantai)
-Beg tarik/ beg kecil (nanti nak balik rumah takyah bawak beg besar-besar)
DILARANG BAWA :
-Peti Ais Kecil
-Seterika
-Printer
-Cerek Elektrik
-RiceCooker
-Kipas
-Extension Plug
-ROKOK/DADAH
-LIGHTER
dan lain-lain yang diharamkan bawak.
Tapi kalau nak bawa boleh, pandai-pandai la sorok dalam loker. Haha
Jahatnya akak ni kan ajar korang bukan-bukan.
Bukan apa, kadang-kadang dia akan buat spotcheck mengejut. Dan, disebabkan penggunaan barang elektrik yang banyak boleh menyebabkan satu aras blackout.
Notatangan : Yang ROKOK tu janganlah bawak ea. Tapi biasanya budak lelaki akan bawa juga, tengoklah nanti kalau lalu tepi toilet lelaki, mesti ada bau rokok -.-
Assalam saudara saudari ,disini saya ingin melampirkan perkara berkaitan dhuha:
cara ringkas solat dhuha
DOA AFDALNYA:
UNTUK MUDAH MENGHAFAL
KELEBIHAN SOLAT DHUHA
BERKATA ABU MURRAH ATH-THA 'ITI R.A BAHWASANYA NABI TELAH BERSABDA :ALLAH TELAH BERFIRMAN :"WAHAI ANAK ADAM ! BERSEMBAHYANGLAH UNTUK AKU DI AWAL PAGI,NESCAYA AKU AKAN MENCUKUIMU DI AKHIRNYA (RIWAYAT AHMAD)
Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas.
sabda rasulullah:Dinginkanlah makanan, sesungguhnya yang panas-panas tidak ada berkahnya. (HR. Al Hakim dan Ad-Dailami)
kerana
sabda rasulullah:Rasulullah Saw melarang orang meniup-niup makanan atau minuman. (HR. Abu Dawud)
Keterangan: Meniup-niup makanan dan minuman yang panas biasa dilakukan dengan tujuan agar lekas dingin, dan hal ini dilarang oleh Nabi. Hendaknya makanan atau minuman tersebut didiamkan saja atau didinginkan dengan metode lainnya selain dengan meniup langsung dengan mulut, misalnya dengan fan (kipas angin).
Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami. Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.
1.Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
2.Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
3.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
4.Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya
3. memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
4.Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
5.Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
6.Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
7.Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
8.Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
9.Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
10.Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
11.Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
12.Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
13.Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
14.Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
15.Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.
16.Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
TARIKH LAHIR: 5 Mei 1981 TEMPAT LAHIR: Alor Setar, Kedah KELUARGA: Anak sulung daripada lima beradik BAPA: Datuk Dr Zahari Che IBU: Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Persembahan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Ketika mula menceburkan diri dalam bidang seni, Farid mempunyai hubungan istimewa bersama aktres Irma Hashmi. Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2004 dan akibat ketidaksefahaman, mereka berpisah pada tahun 2008. Aktres kontroversi Fasha Sandha dikaitkan sebagai punca perpisahan pasangan ini.
Pada tahun 2009, Farid dan heroin serasinya Lisa Surihani dikaitkan mempunyai hubungan istimewa. Namun kedua-duanya menafikan. Hanya pada penghujung tahun tersebut teka teki siapa kekasih Farid hampir terjawab apabila pendedahan mengenai hubungan intim Farid bersama aktres jelita Diana Danielle mula menghiasi dada-dada akhbar.[perlu rujukan] Pasangan ini tidak menafikan atau mengiyakan, namun mereka berdua memilih untuk tidak terlalu terdedah kepada media. Mereka menikah pada 3 November 2012.dan mendapat seorang anak iaitu muhammad